Tuesday, 10 April 2018

Movie Review : Suatu Kala


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Hana sebenarnya dah tengok movie ni since minggu lepas lagi tapi baru dapat wahyu nak buat review hahaha.Sebab Hana bukanlah tukang review yang boleh korang jadikan rujukkan dan Hana tak reti sangat nak mensinopsiskan sesuatu.So jangan kecam kalau rasa Hana noob sangat bab-bab me'review ni.hehee =D Seriously entri ini tak layak sangat digelar review... :') Hanyalah pendapat seorang budak brutel ja.







Pandangan Hana

Movie ini menepati citarasa seorang Hana atas sebab genrenya yang berunsurkan fairytale! Hehe seriously Hana super enjoy every scene dalam movie ni yang berjaya dilakonkan dengan baik oleh pelakon-pelakon kanak-kanak favourite Hana.Wafiey,Sweet Qismina,Qistina Raisah and etc.

Dipecahkan kepada 3 slot iaitu Kisah Malin Kundang,Bawang Putih Bawang Merah dan Badang.Kisah-kisah dongeng tu semua sudah sebati dalam masyarakat Melayu,so rasanya tak ada masaalah untuk korang faham jalan cerita dia even ketiga-tiga kisah dongeng tu telah diberi nafas baharu dan diolah dengan kreatifnya.Menonton movie ini akan membuatkan kita sentiasa berteka-teki siapakah Indera dalam kalangan watak-watak dalam kisah-kisah dongeng tersebut? *berapa banyak dalam nak bubuh ni? hahah*.Indera tu spesis manusia yang ada kuasa Magic.1 in a million ja dalam kalangan orang Loka (orang biasa) so sebab tu lah susah sikit nak dikenalpasti.And pada pengakhiran kisah,orang-orang Indera akan dibawa ke istana atas perintah Raja Loka.
.
Pada mulanya,tersedak lah jugak sebab tak faham sangat apa itu 'Indera' hahah ^^  serious blur gila.But somehow layan jugak sampai habis slot 1 tu.Hehe mungkin sebab Wafiey comel gila bawa watak Malin kot =3 Then masuk slot Bawang Putih Bawang Merah barulah Hana boleh brain apa sebenarnya maksud 'Indera' hahah ^^ maklumlah dah lama tak mencerna ilmu,otak ni pun slow nak mampus pulak! hehe :3 And slot 2 ni dipelopori dengan jayanya oleh pelakon favourite Hana since childhood iaitu kak Sweet Qismina!! Seriously comel gila kak sweet jadi Bawang Merah.And biasanya based on original story Bawang Putih Bawang Merah,kita mesti rasa nak bagi penyepak ja kat watak ibu tiri dan kakak tiri kan? Hahah tapi alhamdulillah tidak pada versi ini.Heheh seriously Hana enjoy story line dia even jauh beza dari kisah asal.And masuk kepada slot 3 pulak iaitu kisah Badang,bagi Hana kurang ump! Since masih terbawa-bawa kemanisan slot ke 2 tadi heheh and plus sebab Hana tak tengok sangat kisah Badang yang original.:P yang Hana tau dia jadi kuat sebab makan muntah.Hahah but alhamdulillah tak ada scene makan bendaalah yang menjijikskan dalam kisah Badang versi Suatu Kala ni.hehe anyway,pembawa watak badang pun cute gilaaaa!! =3 combain dengan Qistina Raisah perghhh!! Overload punya level kekiutanlah hahaha.Just Hana agak kecewa sebab tak ada pengakhiran yang kukuh untuk watak-watak indera yang dibawa ke istana.So hopefully ada versi part 2 untuk movie ini.^^
.
Secara keseluruhan,honestly Hana paling suka slot Bawang Putih Bawang Merah ^^ sebab penjiwaan watak yang dibawa oleh kak Sweet adorable tahap takleh nak brain :') lagi-lagi Hana memang minat gila dengan kak Sweet since dia berlakon dalam Hikayat Putera Shazlan lagi.>_< hehe Apa-apa pun ketiga-tiga slot tu sangat gempak! Bermula dari story line,environment dan pembawaan watak... semuanya power! Terasa macam diserap masuk dalam story hahaha *fefeeling kita pulak watak utama :P heheh Biasalah Hanakan obsess sikit dengan bendaalah fairytale ni so memang excited gila lah masa layan movie ni ^^ Highly recommended untuk ditonton seisi keluarga pada hujung minggu sambil makan ais krim depan Tv perghhhh!!! Boleh brain ke tak boleh brain tu?! hahaha ^^

.
Rate 4 / 5

So cepat-cepat langgan di Astro First!!! ^_^

26 comments:

Ika.S Ika.S said...

Hee ada jugak akhirnya yg review cerita ni. Haha akak nak tgk tapi malas nak beli haha. Baca review hana rasa cm nak tgk pulak . Ni mcm ala ala citer Magika hee :)

Hana Chie Hana Chie said...

@Ika.S

Hehe seriously kak?! haaaa terharunyaaa :') ingatkan Hana noob sangat bab2 me'review ni hehe :3 and yes ala2 citer Magika

Blogger Hanafi Blogger Hanafi said...

hahaha..

cerita budak-budak nie.

tak pe,

yang penting kita enjoy

Dunia Zumal Dunia Zumal said...

Best ni, ada terperasan youtube. nanti nak tengok gak la...

Hana Chie Hana Chie said...

@Blogger Hanafi

hahah pinjam ayat Kak Nora Danish ka tu?
.
" yg penting kita enjoy!! " hehe

Hana Chie Hana Chie said...

@Dunia Zumal

Cepat2 langgan kat astro first!! hehe highly recommended.. ^^

Mrs Fuzy Hamid Mrs Fuzy Hamid said...

best cerita ni..mmg suka sbb mcm cerita Magika tu

Nieyla Nadia Nieyla Nadia said...

cerita dia ala-ala magika juga ek...

farhanna jafri farhanna jafri said...

dah lama tak tengok kisah dongeng macam ni. Last tengok magika! Nanti nak tengok lah cerita ni. Thanks Hana! :D

Hana Chie Hana Chie said...

@Mrs Fuzy Hamid

hehe yes! yes! ^^

Hana Chie Hana Chie said...

@Nieyla Nadia

tak jugaklah sebab dia tak letak specific hero/heroine macam dalam citer magika tu.Dia originally kisah dongeng asal yg dipecahkan kpd 3 slot tapi diberi nafas baru hehe ^^

Hana Chie Hana Chie said...

@farhanna jafri

hehe nanti tengok tau!! ^^

I am LZ I am LZ said...

Bila baca review Hana terus teruja nak cari cerita ni..

Hana Chie Hana Chie said...

@I am LZ

heheh cari cepat-cepat tau kak!! ^^

sayidah napisah sayidah napisah said...

wahh filem baru ditayangkan eh movie suatu kala ni? baru tahuuu hehe.

Hana Chie Hana Chie said...

@sayidah napisah

First tayang 15 March hari tu... hehe ngam2 pada tarikh pertemuan semula dengan Mr.SPM ^^

Mia Liana Mia Liana said...

rajinnya buat review...


pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

ღizzati harunoღ ღizzati harunoღ said...

I love fairytale too. Rasanya sure izzati akan enjoy bila tengok citer niii.<3

Hana Chie Hana Chie said...

@Mia Liana

Thank you!! ^^ hehe nanti Hana terjah :D

Hana Chie Hana Chie said...

@ღizzati harunoღ

heheh really?! sep satu kali!! ^^

Ana Suhana Ana Suhana said...

Kalau kak ana sebaya hana confirm kak ana pun enjoy tgk movie ni. Good review hana ❤

Hana Chie Hana Chie said...

@Ana Suhana

haha kak Ana tak sebaya Hana pun kak Ana akan enjoy punya!! hehe >_<

Auni Sofea Auni Sofea said...

Akak pun minat cerita ala-ala fairytale. Tapi kalau cerita Indonesia padan tengok kat tv je la sebab banyak cerita dia ala-ala fairytale..haha

dear anies dear anies said...

sesekali layan fairytale mmg syok kan hana ;-) kalu selalu jemu n tepu jg...

Hana Chie Hana Chie said...

@Auni Sofea

haha dunia hayalan... dunia impian... *nyanyi sikit kak! heheh :3

Hana Chie Hana Chie said...

@dear anies

Heheh peliknya Hana tak reti jemu layan fairytale hahah entah lah kenapa?! hmm... :/